Jalin-Menjalin
 
 
Berita dan Acara 
 
23 Ogos 2011

ANUGERAH MERDEKA HARGAI TIGA RAKYAT MALAYSIA YANG UNGGUL

Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka dengan bangganya mengumumkan pada hari ini yang ia telah memberikan Anugerah Merdeka 2011 kepada 3 rakyat Malaysia yang terkemuka, di atas kecemerlangan dan sumbangan berterusan kepada negara serta rakyat Malaysia umumnya di dalam bidang masing-masing.

Pengumuman ini adalah hasil daripada kerja keras selama setahun dalam pencarian bagi yang terbaik dan kami berharap kerja keras ini akan memberi insprirasi dan membantu rakyat Malayisa untuk bertanding di dalam suasana yang serba kompetitif dan mencabar ini.

Selain daripada sanjungan dan wang hadiah, adalah harapan kami yang Anugerah Merdeka akan membuatkan penerimanya menjadi antara inspirasi bagi individu dan organisasi yang berusaha lebih dari biasa dalam tugas mereka. Mereka ini, di dalam tugas telah menunjukkan semangat kemerdekaan yang sebenar - pembebasan minda dan jiwa untuk mengejar kecemerlangan.

Tiga penerima Anugerah Merdeka 2011 adalah Dato' Dr Kenneth Yeang bagi kategori Alam Sekitar, bagi sumbangan dalam pembangunan reka bentuk kaedah bagi rekaan ekologi dan perancangan alam sekitar; dan dua penerima bersama bagi kategori Pencapaian Akademik Luar Biasa -- Professor Dato' Dr Goh Khean Lee, untuk sumbangan luar biasa dalam membawa kajian dan praktikal dalam gastroentologi dan hepatologi di Malaysia ke peringkat antarabangsa, dan kepada Professor Dr Mak Joon Wah, dalam penyelidikan dasar dan gunaan dalam parasitologi dan penyakit parasitik, kesihatan awam dan patologi.

Penerima Anugerah Merdeka 2011 akan menerima anugerah mereka daripada Penaung Anugerah Merdeka iaitu Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Majlis penganugerahan yang akan diadakan pada 10 oktober 2011 di Dewan Filharmonik PETRONAS.  

 

Dato' Dr Kenneth Yeang


Professor Dato' Dr Goh Khean Lee


Professor Dr Mak Joon Wah
 


24 November 2008

Upacara Anugerah Merdeka telah diadakan pada malam 24 November 2008 di Dewan Filharmonik PETRONAS. Beratusan warga Malaysia dan negara asing yang prominen datang ke Dewan Filharmonik untuk meraikan kecapaian unggul penerima-penerima Anugerah Merdeka 2008. Klik sini untuk membaca tentangnya.
 


17 November 2008

Pada 24hb November, 2008. pemenang-pemenang anugerah Merdeka Award yang pertama akan diraikan di suatu majlis penerimaan anugerah di Dewan Filharmonik PETRONAS. Notis perkembangan terbaru akan diposkan di laman web ini.
 


12 November 2008

Laman Jalin Menjalin sudah mula berfungsi. Sekarang anda boleh muat naik gambar serta memberikan mesej yang bermakna. Anda cuma perlu mengisi butiran peribadi anda dan dengan serta-merta anda boleh berkongsi detik detik bermakna ini dengan semua.
 


6 November 2008

Pemenang-Pemenang Pertandingan Anugerah Merdeka, Inspirasiku sudah diumumkan! Klik di sini untuk melihat sama ada anda telah berjaya memenangi sebuah computer riba serba baru!
 


13 Oktober 2008

Semua pelajar Malaysia, sila ambil perhatian bahawa pertandingan "Anugerah Merdeka, Inspirasiku" kini ditutup. Kami menghargai penyertaan anda.
 


9 September 2008
 
Para Pelajar Malaysia,

Memandangkan penyertaan yang menggalakkan terhadap 'Pertandingan Anugerah Merdeka, Inspirasiku', maka dengan sukacitanya kami mengumumkan bahawa tempoh pertandingan dilanjutkan kepada 10hb Oktober 2008. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi komputer riba serba baru! Sila klik di sini untuk masuk halaman pertandingan.
 


21 Ogos 2008

Pemenang Anugerah Merdeka Telah Diumumkan
Penerima-penerima sulung Anugerah Merdeka diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (BOT), Amanah Anugerah Merdeka, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Hassan Marican di majlis yang berlangsung di Kelab Petroliam Malaysia. Turut hadir adalah Ahli-Ahli lain BOT Anugerah Merdeka, iaitu Mr. Liam Mallon, Dato’ Saw Choo Boon, Datuk Dr Rosti Saruwono, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Khoo Kay Kim, serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Penamaan dan Jawatankuasa Pemilihan.

Klik disini untuk melihat senarai para pemenang Anugerah Merdeka 2008.
 


15 Ogos 2008

Peraduan “Anugerah Merdeka, Inspirasiku”
Seramai 30 pemenang Peraduan “Anugerah Merdeka, Inspirasiku” akan membawa pulang komputer riba yang hebat dan serba baru. Peraduan yang dianjurkan bersempena Anugerah Merdeka ini adalah terbuka untuk semua pelajar Malaysia dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti. Peraduan ini akan dibuka untuk penyertaan pada 15 haribulan Ogos hingga 15 haribulan September 2008.


 
 
 
0  TENTANG ANUGERAH
0  AKTIVITI
0  KISAH MERDEKA
0  MULTIMEDIA
0  PUSAT MEDIA
0  JALIN-MENJALIN
 
 
Menu
Hubungi Kami   |   Peta Laman   |   Polisi Keperibadian   |   Terma dan Syarat
 
Cari:
English      |      Bahasa Malaysia